Tuesday, 21 November 2017

Lokasi Sotong Celup Tepung Best di Kuala Terengganu!🌸

November 21, 2017 0 Comments


Assalamualaikum


Husniey nak berkongsi lokasi yang best untuk korang yang datang ke Kuala Terengganu mencari tempat minum petang yang ada sotong celup tepung, ICT, UCT, Pisang Goreng, ABC dan lain lain

Selalunya musim cuti sekolah, hari minggu, musim orang baru dapat gaji mesti ramai yang serbu! 😁



πŸ“Pantai Pandak, Chendering Kuala Terengganu 

Terletak kira kira 15 minit dari bandar
Pantai ini tidaklah popular sangat dikalangan pelancong tetapi agak popular dikalangan penduduk tempatan. Haaa kat sinilah ada sotong celup tepung yang best.
Husniey suka pergi sini, dekat sikit dari rumah

Makanan dan minuman petang boleh dicuba disitu.
Warung cuma ada satu, berdekatan dengan projek hotel yang bakal naik tak lama lagi..
Memula masuk ke area pantai tu akan nampak warung ini dulu
Nampak ramai orang dan banyak kereta tu yelahh..

Tengok ni nampak sedap tak 😝
Sotongnya fresh. Masih terasa manis isinya, lembut je. Harga pun berpatutan..
Banyak lagi menu kat sini
Menu ringan ringan jela



Ada satu lagi kedai best kat Pantai Pandak ni terletak di hujung pantai, 
warungnya dalam pagar.. 
Pun sedap juga sotong celup tepung nya. Sotongnya segar..
Goreng pisang, keropok lekor dan lain lain menu makanannya..
Husniey ada mencuba Laksam.
Perghh pekat molek. Memang best 😍

Semua cukup rasa. Air jagung special pun best.
Ada biji jagung dan aiskrim jagung kat atasnya..

Oh ya, harga jugak berpatutan

Laksam menjadi pujaan hatiku ~


Keropok 5 = RM 1



Yang menariknya, Pantai Pandak ni juga satu satunya pantai yang agak landai di Kuala Terengganu







Disini selalunya penduduk tempatan bawa anak mandi manda. Bolehla nak mandi.. 

A post shared by Ϊ†ΩŠ Ψ§Ϊ ΩƒΩˆ Ω‡ΩˆΨ³Ω†ΩŠΩ‡πŸŒΈ (@husnieyhusain) on
Video latest Pantai Pandak 2017




Mandi manda kat Pantai Pandak bersama keluarga mertua di Youtube Husniey
Jemputlah tengok



Kalau yang tempat makan popular macam Warung Pok Nong, Pantai Teluk Ketapang,
area airport tu agak jauh jika korang dari bandar..
Situ pun selalunya ramai orang..


Ini cuma dalam senarai kegemaran husniey sahaja..
Tak semestinya yang tak popular tu tak sedapkan.. Terkadang jauh lebih murah



πŸ“Pantai Mengabang Telipot


Lokasi kedai yang husniey pernah cuba makan beberapa kali ini terletak tak jauh pun dari Warung Pok Nong
Selepas warung pok nong je..
Kedainya tepi pantai.. Tempoh masa untuk ke Pantai Mengabang Telipot ni dari bandar lebih kurang 35 minit lebih

Sini pun okay. Banyak pilihan makanan..
Mulanya husniey ke sini ingat nak makan di warung pok nong tulah, tapi bila sampai je kecewa tengok penuh orang beratur kat warung pok nong.. Padahal masa tu belum lewat petang pun..  Fuhh gila

Hahahaha kubawa hati lara makan kat kedai ni jelah..  πŸ˜‚πŸ˜‚
2x dah makan disini

Macam macam ada :D



Pilihan kedai kat atas ni memang dicuba sendiri oleh husniey..
Dekat lain pun ada je yang sedap kot, tapi husniey tak pernah cuba lagi..



Anda pernah cuba makan makanan di Terengganu,

apa yang paling best dan rasa nak makan lagii? =D




Jom kongsi pengalaman kat ruang komen!

Terima kasih membaca entri ini 😊


Sunday, 19 November 2017

Roti Bakar Sedap, Patut Cuba! ♡

November 19, 2017 0 Comments



Assalamualaikum

Husniey nak kongsikan roti bakar patut dicuba ni. Sesuai dimakan semasa sarapan pagi atau bila bila masa anda lapar, Heehe

Husniey tak tahulah kenapa suka sangat dengan makanan berasaskan roti
Ni terasa nak buat puding roti pulak,
lama betul tak buat pemanis mulut..

Fuhh sedapnya πŸ˜‚


Okay sambung balik pasal roti bakar..
Husniey pada mulanya suka rasa di kedai kedai. Ada satu kedai makan tu, roti bakar dia memang sedapp.
Husniey hayati rasa pada roti tu memang unik, ada manis dan masam berlemak gitu.. Mulanya ingatkan cheese tapi mayonis rupanya..
Disebabkan tak puas makan di kedai, portion sikit je
husniey cuba buat dirumah pulak! 😁



🌸Bahan Bahan Yang Diperlukan🌸 


Sebungkus Roti Bata
Buttercup
Sekaya (Tak kisahlah brand apa pun)
Mayonis (Guna brand Kewpie sedap!)

🎡 Cara Cara Menyediakan 🎡
Roti Bata dipotong.. (Ikut anda nak berapa keping)
Letakkan butter di dalam pan setelah butter mula mencair, masukkan roti
Bakar roti sehingga bertukar warna dan rangup
Sapukan sekaya dan letakkan mayonis
Siap! 😘

Kalau nak nampak lebih kemas hidangan roti ni, selepas siap semuanya lipatkan roti dan potong kecil.. Roti bata ni agak besar tau..


Maaf akibat ketidaksabaran nak makan jadi tak kemas presentation roti bakar ni..
Sila abaikan rupanya πŸ˜‚


Sesuai dijamu dengan minuman panas
Kopi atau Coklat panas 😍


Semoga Bermanfaat!



Wednesday, 15 November 2017

Harga Minyak Terkini Berkuatkuasa 16 Nov

November 15, 2017 3 Comments

Sekarang ini tiap hari Rabu semua ternanti berita panas.. Hihi

🎡 Minyak naik lagi tak tun tuang tak tuang,
kalau tak isi minyak macam mana kenderaan nak bergerak πŸ˜‚ 🎡



Ron95 RM 2.38 seliter naik 7 sen
Ron 97 RM 2.66 naik 6 sen..
Diesel RM 2.25 seliter naik sebanyak 5 sen 


Allahuakhbar, semoga bertabah rakyat marhaen semua.. Makin hari barang pun makin mahal, kesian pengusaha kedai makan, peniaga peniaga runcit.
Kadang mereka pun tersepit dan terpaksa naikkan harga.. Tak dapat bayangkan keluarga yang punyai ramai anak anak yang masih bersekolah, pampers makan minum susu semua tu mahal..

Minyak naik, harga barang barang pun jadi makin naik kan, bila minyak turun harga barang tak turun pun 😭 😭

Itulah hakikatnya.. Pedih..
Moga murah rezeki selalu

Ini harga minyak minggu lalu, pada 8 November 2017




Sunday, 12 November 2017

Roti Gulung Sosej Cheese

November 12, 2017 11 Comments


Assalamualaikum

Lama sudah husniey nak berkongsi cara buat roti ni harini baru berkesempatan publish entri ni

Jom tengok macam mana cara nak buat, senang je ni πŸ˜„


Bahan bahan yang diperlukan ( Untuk 5 orang ke atas) 


Roti - 10 keping
Sosej - 10 batang
Cheese - 3 hingga 4 keping ( Jika suka, letak la banyak sikit)
Telur - 2 biji
Serbuk Roti


Cara Cara Menyediakan :

Sebelum buat perkara yang lain, rebus dahulu sosej

1) Gelekkan roti
2) Letakkan sosej dan cheese



3) Gulungkan roti dengan berhati hati
4) Celup dan 'mandikan' roti di dalam telur


5) Sama seperti langkah keempat, tetapi di dalam serbuk roti



6) Gorengkan di dalam minyak separa penuh (semasa memula proses penyediaan, dah boleh panaskan kuali sebab kena gorengkan terus)



7) Toskan minyak pada roti yang digoreng
8) Potong roti bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak, hihi 😊
9) Siappp boleh terus ngap!






Elok dimakan tak kira waktu, petang atau pagi, malam pun boleh.
Kalau ada anak anak kecil dirumah tu boleh lah ajak mereka buat roti ni didapur.. Part goreng tu tak payahlah mereka buat, bahaya.

Semoga bermanfaat perkongsian husniey kali ini
Terima kasih baca!




Sunday, 5 November 2017

RESEPI SINGGANG PEDAS IKAN KERISI

November 05, 2017 14 Comments

Assalamualaikum, Hai semua


Morning! Sobahal Khair! OhayΓΆ Gozaimas! 


Nak share resepi yang husniey buat baru baru ni, Singgang Pedas Ikan Kerisi 😍

Singgang pedas ni Husniey memang suka tapi selama ni tak pernah try buat sendiri pun

Selalunya jenis suka masak kat rumah mesti lauk berasaskan sambal (masak merah ke, bersambal, bertumis) πŸ˜‚
Yang sedap dan boleh diterima di tekak husniey asal ada pedas sikit, cukuplah

Mulalah rasa nak try masak lauk ni sendiri
Rupanya senang aje!
Kena masukkan senarai lauk kegemaran dah lepas ni, hihi
Okay, jom tengok bahan bahannya



BAHAN BAHAN ( Untuk 2-3 orang makan) 


Ikan Kerisi 1 ekor
*Bawang Merah 2
*Bawang Putih 3 ulas
*Hirisan Lengkuas (3 cukup)
*1/2 inci kunyit Hidup
* 2 biji cili api (Boleh tambah lagi jika suka pedas)
Satu sudu cili kering blend
Asam keping 2
Gula garam
Daun Kesum
Air


🌸 Cara Menyediakan : 


  • Blend semua bahan bertanda *
  • Saya suka tumiskan sekejap dengan sedikit minyak bahan yang di blend tu. Suka sangat bau aroma tumis, hihi (Semua bahan blend + cili kering blend dimasukkan)
  • Masukkan air beberapa gelas
  • Masak kuah tersebut sehingga mendidih dan sedikit kering
  • Dah mendidih baru masukkan ikan, masuk awal dikhuatiri akan hancur or erti kata lain jadi overcooked ikan tu πŸ˜‚
  • Perasakan dengan garam, dan sedikit gula
  • Jangan lupa, daun kesum dan asam keping (husniey buat haritu asam keping habis, letak air asam jawa)
  • Kacau sekejap dan siap!



Sedap sungguh ni jika anda hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam ulaman, ikan cencaru panggang ke, ikan goreng kann 😍


Allahu, musim hujan ni perut cepat pulak lapar 😁


Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat


Terima kasih baca entri ni


Wednesday, 1 November 2017

TANDA DIRI ADA GANGGUAN JIN KETIKA TIDUR

November 01, 2017 13 Comments


Sekiranya lebih dari 5 tanda dibawah dan mengalaminya lebih 1 minggu berturut, dan dituruti dengan rasa berat untuk beribadah pada siangnya, mungkin anda diganggu..

1. Susah tidur malam, kecuali setelah lama/ bersusah payah
2. Susah bangun, iaitu ketika berniat melakukan ibadah – ibadah yang diinginkan.
3. Cemas, sering terbangun pada waktu malam
4. Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancam lalu ingin menjerit minta pertolongan tetapi tidak berdaya.
5. Mimpi melihat berbagai binatang seperti : kucing, anjing, tikus, unta, kuda, monyet, serigala, harimau, ular, buaya dan serangga berbisa

6. Tertawa, menangis, menjerit,  pada waktu tidur
7. Merintih pada saat tidur
8. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi

9. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa kesadaran
10. Mimpi berada di kawasan perkuburan, didalam kuburan, tempat sampah atau jalan yang mengerikan

11. Mimpi melihat orang aneh contoh sangat tinggi ,sangat pendek , sangat putih, sangat hitam.
12. Mimpi sangat menyeramkan/melihat hantu





SNAP WIDGET

Booking.com