Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Friday, 6 October 2017

Jam Tangan Wanita Cantik dan Elegan

October 06, 2017 15 Comments



Assalamualaikum,
Husniey nak berkongsi cerita tentang jam tangan perempuan 😘



Sebagai perempuan, memang tak lari dari fitrah menyukai benda yang cantik cantik kan?

Selain handbag benda lain yang husniey suka beli ialah jam tangan!
Tahun 2017 ini saja,
dah tiga utas jam tangan husniey beli (mestilah untuk pakai, hehe) 😁


Sekarang ini pelbagai jenama jam tangan yang ada di pasaran
Jenama jam tangan yang terkenal, Husniey suka sangat ialah, Casio!
Memang tahan lasak betul,
dipakai semasa mandi sungai pun tak perlu risau dah ia kalis air, tahan betul


Antara jenama jam tangan yang terkenal :

Jam tangan berjenama Fossil 


Ini jam Cluse, jenis jam Analog. 
Cantik kan 


Aldo.. Harga berpatutan, reka bentuk yang menarik 😍


Ini jenama jam Adidas, untuk perempuan yang suka gaya rangi, sesuai sangat.. 



DKNY pun cantik, pasti nampak manis dan anggun digayakan



Inilah antara pilihan jam tangan yang cantik menarik tertarik hati terdapat di Zalora, nanti anda semua boleh tengok sendiri ya 😍

Harga? Jangan risau harga pun berpatutan dan mampu dimiliki.  Sukanya! Best kan?
Bagi yang sibuk bekerja tak ada masa nak shopping tu sesuai sangat


Jimat masa dan tenaga,
Haa jom kaum hawa semua,
pakat serbu membeli jam tangan di Zalora!  >> Jam Tangan << 




Tuesday, 3 October 2017

Menginap di TH Hotel Kuala Terengganu

October 03, 2017 8 Comments

Assalamualaikum



Baru baru ni husniey menginap di TH hotel,  
teringin lama dah nak menginap disini sebab memang cantik,
selalu jugak tengok kat website Booking.com, Agoda dan lain lain.  

Hotel ni kalau tak silap bertaraf 4 star tau, 
Walaupun dekat je dengan umah mengada sungguh nak jugak check in sini.. πŸ˜†πŸ˜‚

Suasana nya tenang, islamik, banyak sangat kemudahan. Memang bestlaa
Biliknya luas, kemas 



Kemudahan dalam bilik dilengkapi :
Toileteries, hair dryer,  tv, almari, iron and iron board




Sejadah, Quran pun ada tau
Bagi yang perempuan bawa telekung solat je 






Bilik air dan tandas : 





Kemudahan lain lain di Hotel
boleh kunjungi Gym, Wellness centre



Swimming pool untuk perempuan, kanak kanak, dan lelaki berasingan. 
Unik kan?
Total swimming pool ada tiga jenis








Buffet breakfast yang meriah sangat ada pelbagai jenis makanan.  
Nasi Dagang,  Nasi Kerabu, Bubur, Roti, telur, buah buahan, bijirin, air buah, air panas.  


Banyaklah lagi.. Memang puashati menginap disini.. Haha 

Selepas kami breakfast, pergi habiskan masa di gym hajatnya nak mandi tapi kolam perempuan jenis tertutup pastu takde orang,  macam tak best lah pulak kalau sorang je. . hahaha πŸ˜†












Harga bilik yang husniey dapat satu malam dengan sarapan dua orang = RM 252

Overall husniey bagi markah untuk TH Hotel, Kuala Terengganu : 8.5/10 🌸


Kalau anda singgah ke Kuala Terengganu, okay je stay sini nak ke airport pun dekat je 
Dari hotel ke pusat bandar dalam 20 minit
Pantai menarik yang berdekatan Pantai Tok Jembal, Pantai Teluk Ketapang

Boleh singgah ke kawasan pantai ni untuk makan seafood celup tepung dan lain lain




Di bawah ini husniey sertakan peta TH Hotel Kuala Terengganu sekali ye :




Sunday, 17 September 2017

Akhlak Remaja Makin Tenat : susulan kes tahfiz terbakar

September 17, 2017 23 Comments
Assalamualaikum..

Seperti mana yang anda semua sudah tahu
Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut

Pada awalnya husniey membaca berita ni memang rasa terkejut, ramainya yang terkorban.. Terbayang juga bagaimana ia mula berlaku (dari api kecil, hinggalah besar) 

Cepat betul api merebak..

Tak lama selepas itu, media mula mendedahkan bahawa kebakaran bukan punca dari litar pintas.. Ada unsur khianat..

Masa tu juga sekaligus terkeluar pasal isu misteri tong gas yang ada..

Dalam kepala ni duk beranggapan yang buat kerja ni orang dewasa yang gagah, sebabnya gigih kot angkat dua tong gas ke tingkat 3 (asrama pelajar)

Lepas tu semalam mula tersebar video rakaman cctv ada lelaki panjat pagar, menunjukkan fizikalnya macam masih budak belasan tahun

Terbaca juga komen dari netizen menyatakan "mungkin itu budak budak asrama yang fly nak keluar pergi makan.."
Husniey pun fikir macam tu pada mulanya..

Sekali sangkaan husniey itu meleset,
rupanya merekalah suspek.
Sungguh tak ku sangka tak ku duga,  
suspek berumur belasan tahun dan ramai juga rupanya yang terlibat

Allahu. Angkara dendam diejek, beberapa orang remaja ni bertindak untuk membakar asrama tahfiz tu.. Agaknya mereka merasa puas dan berbangga ke melakukan perkara itu..??

Melibatkan banyak nyawa terkorban.. 
Sungguh sayu hati ni bila dapat tahu realiti kes ini
Pahit benar

Semoga mereka semua diberi hukuman setimpal.. Semoga ibu bapa diluar sana mengambil iktibar.. Didiklah anak anak dengan agama, dan akhlak yang baik (positif).. Biarlah menangis kerana bersusah payah didik anak menjadi orang yang baik, daripada menangis kemudian hari.. 

Dah terlambat nak lentur bila dah jadi 'buluh' 

Ya memanglah tiap manusia itu boleh berubah.. Baik ke buruk, buruk ke arah lebih baik.. Tapi sikit sebanyak agak susah

Mungkin ada antara ibu bapa yang sudah sehabis daya cuba mendidik anak mereka, namun anak tetap nakal dan ikut pengaruh kawan kawan..

Husniey percaya tiada ibu bapa yang mahukan anaknya jadi jahat.. 

Ini lah kehidupan, kita diuji dengan apa yang kita miliki..

Ada yang diuji dengan kemiskinan harta, ada yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa diri dan pasangan.. Lalu memilih untuk curang..  Ada yang diuji dengan cacian orang sekeliling kerana tidak punya zuriat sepanjang perkahwinan, ada yang diuji dengan hutang keliling pinggang

Dan tidak kurang yang diuji dengan hadapi masalah akhlak anak anak yang sedang meningkat dewasa..


Jangan lupa kita juga sedang diuji..
Mungkin saja belum tersedar dari lamunan mimpi..

Jaga kata kata
Jaga akhlak

Moga yang baik baik saja untuk kita
Doa yang baik baik



Innalilah wainnailaihi rajiun..
Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali

Al Fatihah buat pelajar tahfiz yang terkorban
Kalian pasti sedang berbahagia di syurga 😭


Hikmah dari kes ini 
Dari kes ini, ada hikmah besar dan telah membuka mata dan minda orang ramai.. 




Status husniey di facebook



Semoga remaja yang terlibat sempat bertaubat dan diberikan petunjuk oleh Allah..


Thursday, 14 September 2017

Blogger Pantai Timur

September 14, 2017 12 Comments

Assalamualaikum,

Semoga sihat anda semuanya

Akhirnya husniey ada join juga group aka team blogger..
Sebelum ni ada juga mencari group sebegini untuk mengenali lebih ramai rakan blogger tapi macam susah je nak jumpa..


Kebetulan , haritu terbaca status sis Hawa
kat facebook rasa berminat pulak nak join


Alhamdulilah riuh meriah jugaklah group..
Setakat harini ahli group baru sahaja 20 orang..

Jika berminat nak join boleh menghantar nombor anda di email husniey

husnieyg@gmail.com


Nanti husniey masukkan dalam group whatsapp ye


Btw, di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih pada sis Hawa kerana telah wujudkan team ini..

Moga lebih ramai kenalan baru,
moga lebih banyak ilmu dan perkongsian yang bermanfaat..
Aaminn




Mana yang rasa nak tambah kenalan, boleh follow mereka ni :

http://www.sisgee.com/
http://www.sishawa.com/
https://robiahtul.blogspot.my/
http://norminieza.blogspot.my/
http://www.pokucu.com/
http://starlavenderluna.blogspot.my/
http://ajussix.blogspot.my/
http://akukaudansesuatu.blogspot.my/
http://www.shalimaryusof.com/
http://masturanasarudin.blogspot.com/
http://www.zukidin.com/
http://renex89.blogspot.my/



Monday, 11 September 2017

Rezeki Suami Berkait dengan Isteri?

September 11, 2017 7 Comments





Perkongsian dari facebook Ustaz Ebit Lew



"Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? 

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..

Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. 
Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut.
Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan...ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita...

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas.
Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang...maafkan saya...

Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer...ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini.
Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah..

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah...

Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya...

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga..

Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga.

Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..

Selamat Hari Raya Idul Adha. Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah-ebit lew"




Semoga bermanfaat buat semua..

SNAP WIDGET

Booking.com