RESEPI SINGGANG PEDAS IKAN KERISI SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum, Hai semua Morning! Sobahal Khair! Ohayö Gozaimas!  Nak share resepi yang husniey buat baru baru ni, Singgang Pedas ...

Assalamualaikum, Hai semua

Morning! Sobahal Khair! Ohayö Gozaimas! 


Nak share resepi yang husniey buat baru baru ni, Singgang Pedas Ikan Kerisi 😍

Singgang pedas ni Husniey memang suka tapi selama ni tak pernah try buat sendiri pun

Selalunya jenis suka masak kat rumah mesti lauk berasaskan sambal (masak merah ke, bersambal, bertumis) 😂
Yang sedap dan boleh diterima di tekak husniey asal ada pedas sikit, cukuplah

Mulalah rasa nak try masak lauk ni sendiri
Rupanya senang aje!
Kena masukkan senarai lauk kegemaran dah lepas ni, hihi
Okay, jom tengok bahan bahannya


BAHAN BAHAN ( Untuk 2-3 orang makan) 

Ikan Kerisi 1 ekor
*Bawang Merah 2
*Bawang Putih 3 ulas
*Hirisan Lengkuas (3 cukup)
*1/2 inci kunyit Hidup
* 2 biji cili api (Boleh tambah lagi jika suka pedas)
Satu sudu cili kering blend
Asam keping 2
Gula garam
Daun Kesum
Air


🌸 Cara Cara Menyediakan : 


  • Blend semua bahan bertanda *
  • Saya suka tumiskan sekejap dengan sedikit minyak bahan yang di blend tu. Suka sangat bau aroma tumis, hihi (Semua bahan blend + cili kering blend dimasukkan)
  • Masukkan air beberapa gelas
  • Masak kuah tersebut sehingga mendidih dan sedikit kering
  • Dah mendidih baru masukkan ikan, masuk awal dikhuatiri akan hancur or erti kata lain jadi overcooked ikan tu 😂
  • Perasakan dengan garam, dan sedikit gula
  • Jangan lupa, daun kesum dan asam keping (husniey buat haritu asam keping habis, letak air asam jawa)
  • Kacau sekejap dan siap!

Sedap sungguh lauk ni jika dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam ulaman, ikan cencaru panggang ke, ikan goreng kann 😍

Allahu, musim hujan ni perut cepat pulak lapar kan. 
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat

You Might Also Like

16 comments

  1. Singgan ikan lauk fav ana satu family. Sedapnya la hai. Cuma singgang pedas tak pernah buat lagi.boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh singgang ikan sedap tu

      Singgang pedas, lain sikit bahannya. Hihi cara lebih kurang je 😁

      Delete
  2. Kalau ganu singgang tawar tu extreme sangat kak eh? Dah sininim sangat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekstrem macam mana tu, huhu

      Kak suka jugak makan singgang tawar tu 😍

      Delete
  3. Aduyaii sedapnya lagi2 bilandh pedas MCM ni

    ReplyDelete
  4. This is my dad fav tho! Thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  5. kegemaran jugak ni bila dah tak tahu nak masak apa. :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal..
    tak pernah pun masak macam ni. kalau dulu2 arwah nenek buat singgang guna kunyit.

    ReplyDelete
  7. oh...pernah makan sekali singgang ni kat kedai. Memang sedapp.. lagi berselera ni.pedas2

    ReplyDelete
  8. Ohh kalau orang johor panggil asam pedas ni...husband saya kalau saya masak ni boleh bertambah-tambah makannya...kena pulak dengan nasi panas..uihhhh...licin di buatnya

    ReplyDelete
  9. Nk try la..si JM pun suka masakan masam2 pedas ni

    ReplyDelete
  10. Hmmm..tak pernah rasa lagi singgang pedas camni. Boleh try ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.