Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 24 April 2017

Bercuti Ke Pulau Kapas bersama Keluarga ~


Assalamu'alaikum 


Percutian ini dirancang sejak awal tahun ini lagi, 
dari bulan Januari lagi tak silap saya. Hehe.
Siap mak saudara saya buat group WhatsApp lagi khas untuk trip ini πŸ˜‚


Tempahan semua telah dibuat dari bulan Februari.
Kami tempah empat bilik. Paling maksimum boleh muat satu bilik sehingga 5 dewasa.
Alhamdulillah dapat juga saya dan keluarga, berlima satu bilik, nak jimat sebenarnya. . .
Kalau makin banyak bilik makin mahal pula nanti.. hihi πŸ˜‚ 

❤ Kami sekeluarga semua ambil pakej lengkap untuk 2 hari 1 malam di Pulau Kapas



Makan 3x, Bot Dua hala (Jeti - Pulau - Jeti), Penginapan Air cond, Berdekatan pantai,
Bilik pun selesa sangat.. Ada TV, ada balkoni, sejadah, katil dan tilam tambahan diberi,
Termasuk snorkeling trip dan peralatan. 

🎈 Harga Pakej πŸŽˆ
BILIK 1 : Dua Dewasa  : RM 195 x 2
BILIK 2 : Dua Dewasa, 2 kanak kanak : RM 195 x 2 
BLIK 3 : 4 Dewasa, 2 kanak kanak : RM 165 x 4 
BILIK 4 : 5 Dewasa : RM 160 x 5 
✔️Kanak - kanak : RM 115/pax 

Umur bawah dua tahun adalah percuma, 
3 hingga 11 tahun kanak - kanak 



Bersambung kisah ke Pulau Kapas : 

❤ 14 April 2017, Hari Pertama : 
Pagi sebelum jam 11, berkumpul di Jeti Marang.. Ada mak saudara saya yang datang dari Klang, ada yang dari Johor dan dua buah keluarga lagi dari Kemaman. Semuanya 13 Dewasa, 4 kanak kanak. 
Ini pun masih ramai yang tak dapat pergi, ada yang kerja tak dapat nak cuti dan ada juga urusan lain













11.30 am : Bertolak ke Pulau Kapas menaiki bot. Perjalanan menaiki bot ke pulau ni tak lama pun,  cuma 10 minit. Ini yang saya suka tentang Pulau Kapas, dekat je. Tak sempat nak pening dan mabuk laut pun  ^_^



My sweetheart ~ Bonda dan kekanda pujaan hati :P





12 tengahari : Check in bilik. Duk rehat bergolek golek sebentar di bilik, sebelum keluar untuk makan tengahari






Cantikkan bilik, I love this colour




1 pm : Makan tengahari dan selepas makan kami ke bilik semula untuk solat zohor --


Lupa nak ambil gambar masa makan tengahari T_T 


3 pm : Snorkeling Time. Happy sangat dapat snorkeling kat tepi pantai, mungkin boatman tu tengok kami ni bersama keluarga, ada kanak kanak dan boleh agak kot kami ramai yang tak mahir berenang tu yang dibawa snorkeling dari tepi pantai.. Cantik sangat permandangan kat sini air pun jernih, cuaca comel je haritu πŸ˜ πŸ˜ 

Cantik kan view ni ~




Mak sedara saya dan sepupu sepupu saya ~ 

Saya dan suami, abaikan saya yang nampak gelap tu.. T_T
Kami belakangkan cahaya kot tu nampak gelap

Jernih kan air ~ Fuhh rindu laa pulak ^^

My hero ^^
Puas hati ayahnda mandi manda ~ 
Life guard ada bagi kami tengok Gamat.. Dekat je gamat tu tinggal kat air gelap kat celah coral dalam air  ~


Besar kan, geli jugak saya tengok ~


Memang nampak unik ciptaan seekor gamat ni ~ 


Tak sedar jari jemari dah kecut, duk berendam lama sangat. Bawa bekal roti habis tinggal plastik je, bagi makan kat ikan ikan, boleh tahan rakus juga ikan ni, haha. 

5 pm : Habis snorkeling trip, sambung mandi manda di kawasan pantai berdekatan resort juga, tapi kena jalan kaki sikitlah, Hehe 



Belah sini sejuk gila air, hehee 

Mak saya yang pakai topi tu, adik dan sepupu saya.
Belakang nun ayah saya duk berendam ~ 


Family saya, ni pun ada lagi adik adik yang tak ikut. Ada yang kerja dan study ~


Petang itu 


Balik mandi manda tu,, beli air bandung cincau kat sini, punyalah dahaga dan penat,
sedap juga airnya, tapi biasalah dah nama pun pulau kan, bekas kecil je dah RM 3
Nasiblah sedap air tu, siap tak cukup tambah beli lagi satu, hehee
Malam tu layan pancake dia, sedap juga RM 5 

Gambar ni diambil waktu pagi lagi, haha tu yang tak buka lagi jangan salah buat andaian ^^,



CADANGAN : 
Saya cadangkan kalau bercuti bersama keluarga ke tempat seperti ni, bawalah pelampung, seronok juga duk berebut pelampung dengan adik dan sepupu sepupu saya, haha.
Sesambil tu pak cik saya duk ajar berenang la.. Pelbagai saat manis yang kami bina pada hari tu, bina? 
Sesuai ke perkataan bina kenangan tu.. HAHAA 

Kalau dapat main 'bola beracun' pun best ni. 
Untuk yang bawa anak anak kecil tu, bawakan mereka cangkul kecil tu, ajak mereka buat istana pasir. 
Mesti mereka suka!  πŸ˜ 


6 pm : Balik ke bilik -- bersihkan diri, solat asar
7.40 pm : Selepas solat maghrib, ke cafe untuk makan malam. Lauk pauk pun memang meriah sangat. 
Penuh pinggan duk cedok lauk, dah lapar sangat banyak telan air masin je petang tu.. hihi πŸ˜‚ πŸ˜‚ 



8.30 pm : Ada persembahan nyanyian "live band"
Meriah juga malam minggu disini tak seperti saya datang setahun yang lepas, sunyi je masa tu. 
Banyak dah berubah resort ni. Makin cantik dan meriah suasana

Pulau Kapas ni biasa biasa je.. Tak semeriah Perhentian (selalu ramai orang kita yang sukakan Perhentian)
Ya bagi saya yelah cantik Perhentian lagi, 


Tapi bagi yang sukakan ketenangan, mesti akan jatuh cinta dengan Pulau Kapas. Banyak keistimewaannya, setiap pulau ada lebih dan kurangnya tersendiri dan dari sisi yang berbeza-beza 😍

9.00 pm : Ada pertunjukan Api.
Kejap aje tak sampai 30 minit rasanya.. 






10.00 pm : Balik bilik, rehat, tidur 



❤15 April 2017, Hari Kedua : 
7.30 am : Bersedia untuk sarapan pagi.
Sesambil layan permandangan pantai di pagi hari, ambil gambar keluarga dulu πŸ˜












7.45 am : Sarapan Pagi. Menu : Kueytiaw, Nasi Goreng, Sosej, Keropok, Roti bakar, Kopi o, tea o. 

8.30 am : Selepas makan pagi jalan jalan sekitar pulau, masa ni nak mandi tapi air pasang tak surut lagi.. Berjalan jalan dengan suami ambil gambar, cantik juga sebelah sini :











Mandi manda lagi depan resort sebelum bersiap untuk check out ^_^ 







Pukul 11 am : Check out. Hantar kunci kat reception. Duk layan view pantai depan resort, berteduh di bawah pohon yang rendang sambil tunggu bot datang pickup jam 11.30am. Tak jemu mata memandang pantai yang indah depan ni ~




11.30 am : Bot tiba -- back to mainland 




Meninggalkan Pulau Kapas dengan 1001 kenangan yang indah
Masa nak balik ni makin sayang nak tinggalkan pulau ni, haih cantik gila permandangan 😭

Pantai tu berkaca je, tahu tak berkaca tu rupanya macam mana? Jernih sangat air dan nampak 'bersih'.

CLEAR WATER ❤






Pagi tu sebelum balik, air pasang jadi nampak sedikit keruh, dan kasar sikit ombak..  
Dah nak masuk tengahari panas tegak je cuaca, memang cantik gila warna air blue turqoise gitu 😍

Cuaca panas tegak ni sesuai sangat kalau nak ambil gambar cecantik.. 
Pencahayaan yang sangat baik, (*Cadangan*)


Tapi bersedialah mental fizikal yang awak akan hitam. Eh takdelah hitam, cuma akan makin gelap sikit (kalau mandi laut masa tengahari memang tak sedar muka hangus), hihi 
Yang peliknya, air laut tu sejuk je sebab tu akan ralit bila duk mandi laut. Haha 



Alhamdulillah semua yang dirancang bersama keluarga besar sebelah ayah saya ni, berjalan dengan lancar. Semua nampak bahagia enjoy their holiday πŸ˜



Bagi yang berminat nak bercuti ke Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pangkor boleh hubungi saya di

INSTAGRAM : pakejpulau_


Jangan lupa kenalkan diri anda jika anda seorang pembaca tegar blog ini + blogger yang ikuti blog saya ni..
InsyaAllah, harga pakej dan servis yang berbaloi (kalau anda bertuah dapatlah diskaun), haha




SAYA TINGGALKAN ANDA DENGAN VIDEO PERCUTIAN KAMI KE PULAU KAPAS :











COMING SOON : 

SAYA INGAT NAK BUAT SEGMEN, "BILA TU HUSNI?" 

TUNGGU YE, SAYA MASIH LAGI SEDANG FIKIR NAK BAGI HADIAH APA, 
DAN SYARAT SYARAT PENYERTAAN 
(JUGA SEDANG TUNGGU MASA YANG SESUAI, ADA REZEKI LEBIH NANTI AKAN SAYA LANCARKAN SEGMEN, HEHE) 


YANG PASTI, HADIAH MESTILAH BEST BAGI MENGHARGAI BLOGGER YANG MENGIKUTI BLOG SAYA INI πŸ˜Š


Kalau ada cadangan atau idea untuk saya buat segmen, boleh usulkan ye πŸ˜‰








Sekian, terima kasih kerana membaca kisah percutian saya pada kali ini 

22 comments:

  1. Wah bestnya..nak gi gakla nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh. Jemputlah ke Terengganu 😊

      Delete
  2. Suka pulau kapas sbb dia like kecik mcm tu and tak sibuk. rasa mcm betul2 terpisah dari dunia la. but pegi kejap je, lepak2 and main kayak je. sumpah ingat ular, rupanya gamat. Tengok video tu rasa mcm alah rinduuuuuuuuuuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Saya pun dah suka (jatuh cinta gituuu), ni terus rasa berbaloii laa kalau nak pergi dua tiga kali pun setahun.. Sebab dekat, dan harga mampu pergi..😍 😍

      Delete
  3. bestnyer dapat ke pulau bercuti dgn kaum kerabat kan.
    Husniey nak buat segmen...jgn lupa jemput akk jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye akak, dengan keluarga dan saudara mara, heee. Seronok jarang sekali dapat jumpa untuk bersuka suka ria ni.. Cuti memasing tak sama πŸ˜‚πŸ˜…

      Delete
  4. Syoknya bercuti dengan keluarga besar. Hihihi, Husni, cipta kenangan lagi sedap kot,kekekek.

    Buatlah segmen, tapi pilih pemenang berdasarkan entry or cabutan bertuah lagi best dari gua random org...Jgn lupa jemput , nak join, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah tak terfikir ayat 'cipta' tu. Alahai rasa nak pergi sekolah balik, biar dapat bina karangan yang comel sikit ayat πŸ˜‚ πŸ˜‚

      Bereh Mai, thank you for suggestion. Nanti Husni buat segmen and jemput ya. 😍😍

      Delete
  5. dekat sangat kalau 10 minit naik bot. jauh lagi pulau manukan di Sabah. suami ana dh pernah ke pulau kapas tp ana belum lagi. insyaAllah nanti nk pergi juga lah. cantik je tgk gambar2 tu.

    wah husniey nk buat segmen.tak sabarnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sangat Ana, naik speed boat kejap je sampai, kalau naik feri lama sikit (tapi takde feri sini)

      Sabarlah menanti. Hehee nanti Husni jemput bila masanya tiba.. πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  6. Tak pernah lagi sampai ke pulau kapas ni! tapi tengok dari gambar dekat dalam blog ni memang cantik sangat. Air laut dia pun clear ja. Seronok lah bila bercuti dan dapat spend masa bersama keluarga kan. Syed dah lama tak bercuti keluar dgn keluarga. InshaAllah tahun ni kena pergi somewhere.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada peluang dan rezeki lebih Syed bolehla bawa keluarga bercuti mesti happy sangat, dapat cipta kenangan manis bersama orang kita sayang.. 😊😊

      Delete
  7. Seronok bila beriadah atau bercuti bersama keluarga..kepuasan luar biasa...masa macam nilah masing-masing nak menikmati "me time" secara berjemaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. Yelah hari Raya pun belum tentu dapat jumpa, (kadang ada yang balik ke kampung lain). Bila merancang bercuti dan make it happen. Rasa tak terkata happy dapat pulak jumpa family di tempat yang indah lagi.. Level happy tu jadi 99%, hehe ❤❤😍

      Delete
  8. dah lama kot tak ke pulau kapas. seingat saya dinamakan sebagai pulau kapas sebab pasirnya secantik dan lembut macam kapas. tak tahu la betul ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yelah tu asal usulnya nama Kapas tu sebab pasirnya putih

      Delete
  9. Lama da teringin nak pergi ke pulau kapas ni. Tak tahu la bila dapat tunaikan hajat tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mesti sampai juga Cik, InsyaAllah πŸ’ͺ😊

      Delete
  10. Jernihnyaa air dia. Tak pernah sampai lagi kat sini. Huhu

    ReplyDelete
  11. nak repeat lagi la Pulau Kapas. nak daki bukit & berkayak pulak kat sana haha

    ReplyDelete
  12. Bestnye pergi pulau..first time belajo snorkelling time honeymoon dulu kat pulau perhentian..ish3, kenangn betul.hihi..entri yg menarik..salam ukhwah

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com