Saturday, 20 January 2018

Syok Makan Malam di NR Cafe Heritage Kuala Terengganu bersama Keluarga!

January 20, 2018 4 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama sudah tak berkongsi tempat makan yang menarik di Terengganu


Beberapa hari lepas Husniey dan suami mengajak keluarga mertua makan malam di restoran terkemuka di Terengganu ini

Kalau anda datang ke sini wajib singgah di NR Cafe Heritage semuanya ada
masakan panas, masakan ala Thai,
makanan barat serta snek.. 

Husniey suka makan sini tapi jarak dari rumah agak jauh sedikit dalam 30 minit lebih perjalanan ke sini.. So takdelah selalu pergi pun.. ๐Ÿ˜
Ini antara menu yang pernah dirasai disini

Keropok haruslah ada tau 


Baca sehingga habis, husniey ada selitkan map untuk ke lokasi restoran ini


Setakat ini menu di NR Cafe yang Husniey pernah rasai semuanya kena pada tekak, sedap belaka! Harga juga berpatutan. Servis pun bagus
Sesuai untuk seisi keluarga, makan bersama kawan kawan atau dengan pasangan
Masa kami sedang makan disini ada pelanggan yang buat sambutan hari jadi disini




๐ŸŒธ Menu Makanan & Minuman yang dipilih berserta Harga


Jus Strawberry RM 3.50 x 1
Jus Mangga Susu RM 3.50 x 1
Jus Kiwi Susu RM 3.50 x 1
Jus Carrot Susu RM 3.50 x 2 ( RM 7)
Milo Laici Special RM 5.00 x 1
Cincau Special RM 3.00 x 1


Nasi Putih RM 1.50 x 3 (RM 4.50)
Tomyam Campur RM 5.50 x 2 (RM 11)
Kailan Ikan Masin RM 5.50 x 2 ( RM 11)
Telur Bungkus RM 5.50 x 1
Nasi Goreng Pattaya RM 5.50 x 1
Nasi Goreng USA RM 6.00 x 2 (RM 12)
Nasi Goreng Ikan Masin RM 5.00 x 1

Pari Bakar 580 gram
(2 ekor siap masak RM 23.20)

Jumlah kesemuanya RM 109.40 TERMASUK 6% GST 


Rujuk resit dibawah ini




Okaylah harga tersebut pada Husniey berbanding di restoran lain
Pengalaman sebelum ini pernah makan di restoran lain
RM 80 lebih 4 orang makan, hehe masa tu pilihan minuman biasa biasa aje bukannya air buah buahan pun ๐Ÿ˜

Di Terengganu ni kalau nak makan di restoran kena pandai pilih tempat pada husniey
kalau memang nak jimat sikit elakkan makan di kedai yang berdekatan dengan tempat perlancongan.. Juga kalau nak lebih jimat pesan menu makanan yang biasa aje lah kan,
kena beringat 
InsyaAllah tak mahal sangat disini masih berpatutan ๐Ÿ˜Š






Lokasi NR Cafe Heritage 










Tuesday, 16 January 2018

TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI OSAKA

January 16, 2018 16 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
Ini merupakan entri terakhir berkaitan travel ke Japan 
Alhamdulilah akhirnya berjaya juga siapkan
Semoga mendapat manfaat dari secebis perkongsian ini
Di akhir entri Husniey ada memberi semua pautan entri yang telah dikongsikan sebelum ini 



NAMBA, DOTONBORI, OSAKA 

๐Ÿ‰  Dotonbรถri, Shinsaibashi 
Menghayati kesibukan dan keindahan bandar Osaka
Singgah jalan jalan cari makan Takoyaki di Creo Ru
Sini okay, muslim friendly..
Kalau nak makan takoyaki di Japan silakan, tapi perlu request tak nak letak sos.
Takoyaki ialah bebola sotong, jadi takde masalah nak makan


Takoyaki di Dotonbori


Suka tengok cara mereka buat, cekap betul


Abang ni beria nyanyi sambil ajak orang beli Takoyaki
Siap dia sapa kami dengan ucapan "Selamat Datangg"
Abang ni jugak yang pernah masuk dalam rancangan Jejak Jepun Zizan. 
Dalam rancangan tersebut dia pernah mengajar Zizan Razak buat takoyaki

Peramah betul abang Takoyaki ni


NOTA : 
Dekat Japan ni kalau tersalah pilih pintu Exit semasa di stesen keretapi
Memang jauh akan berjalan kaki
Beratus meter jugak berjalan nak keluar
Kalau di Osaka, di stesen Namba besar sangat
Please take note ya, pakai sport shoes yang selesa dan sesuai 

Kurus kejap masa duk sana,
bulan puasa pulak tu.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†

Selain itu anda akan dapat melihat keunikan kedai kedai makan di Osaka ini
Selalunya di depan kedai makan akan ada bermacam jenis replika yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan
Contohnya mereka menjual sushi, takoyaki selalunya akan ada dihiaskan pada bahagian hadapan kedai.. Ya kalau mereka menjual daging ke memang akan turut meletakkan replika haiwan tersebut.. Hehe
Husniey suka tengok cara japanese berniaga kreatif, persaingan secara sihat dan kita dapat membeli belah dengan selesa sungguh!


Replika ketam

Haa nampak, tengok tu unikkan.. Besar pulak tu


Things to do in Dotonbori 

Merasai ice cream di vending machine
Beli air di Family Mart my favourite is Van Houtten chocolate
Shopping di Shinsaibashi suji best jugak,
Banyak barang murah, kena pandai pilih kedai

Ice cream vending machine 

Shopping di Dotonbori, Shinshaibashi Suji

Banyak sangat kedai untuk membeli belah drug store, cosmetics, jam tangan, kasut, pakaian, convenient store (7E, Family Mart)


Cadangan : Boleh beli souvenirs di Kaison, Daiso, kedai 300 yen 

Dotonbori juga tempat syurga makanan
Cafe yang halal pun ada, jangan risau boleh tengok di apps Muslim Pro
Baca sini untuk tahu lebih lanjut


Permandangan di Dotonbori Bridge, Shinshaibashi Suji street, Glico Man

Bergambar dalam suasana kesibukan kota Osaka di Dotonbori bridge,
The Glico Man dan lain lain permandangan yang menarik

Banyak spot cantik untuk bergambar disini, cuma kena pandai cari angle dan kreatif sikit!

The Glico Man dah jadi landmark Osaka dah dia ni

Kesibukan bandar Osaka dengan beratus pelancong




Pelancong majoriti terdiri daripada China Korea 





Rivercruise, ni kalau anda ada beli amazing pass bolehla naik 


Me and husband at Dotonbori Bridge

Osaka Station (Daimaru Shopping Mall)

Terletak berdekatan dengan Osaka Station saja je jalan ke sini pada mulanya, tiba ternampak ada papan tanda ada mall di tingkat atas, agak besar dan luas rupanya..

19 TINGKAT SHOPPING MALL DI OSAKA! Macam masih baru beroperasi..
Tu dia puas hatilah penduduk Osaka duk pusing mall kan ๐Ÿ˜‚

Kebetulan suami business (toys, diecast, model lori, kereta)
So dekat Daimaru shopping mall ni ada kedai yang dia teringin sangat nak masuk,
dua kali kami repeat ke Tomica Shop disini

Memang banyak pilihan dan kata suami harganya pun murah.. Kejap je dia buka order terus ramai customer kirim nak beli.. Hihi Alhamdulilah rezeki semasa travel

Ini papan kenyataan maklumat shop lot setiap level shopping mall 

Tomica Shop


UNIQLO

Banyak juga shopping disini, 
suka seluar cotton ni husniey ada beli beberapa helai hadiahkan untuk mak dan mertua,  
selesa pakai kat rumah. Selain itu ada juga beberapa helai t shirt dibelikan untuk adik adik 
kebetulan masa pergi tu ada summer sale 
Kemain lah shopping๐Ÿ˜

Bagi anda yang travel dengan membawa beg berat, dan (baru check out penginapan,
tapi nak jalan jalan lagi) jangan risau selalunya ada coin locker dalam stesen keretapi
Saiz pun agak besar boleh muat backpack yang besar..



๐ŸŒธ OSAKA MUSEUM AND LIVING HOUSE ๐ŸŒธ


Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan jalan kaki beratus meter
Perlu rujuk pada google map semasa jalan jalan supaya tak sesat tersalah masuk lorong ke apa
Memang tepat lokasi google map bagi. Kalau tanya pada local people mereka tak tahu sangat, sebab muzium ni terletak di dalam bangunan



Dalam bangunan kelabu ni, masuk ke dalam baru ada info tentang muzium ni.
Naik lif ke tingkat atas, akan ada kaunter depan
Bayaran masuk 600¥ tiap seorang

Boleh merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun
Istimewanya di sini boleh tengok pameran lengkap dengan bangunan struktur
rumah lama, replika bangunan dulu kala dan lain lain lagi keistimewaannya muzium ni..  


Ni lah muziumnya..

Luas jugak la kat dalam ni siap ada beberapa buah rumah 


Ni dari atas.. 

Ini pihak muzium akan buat suasana jadi seperti malam hari.. 
Memang gelap dan ada bunyian seperti suasana zaman dahulu kala umpama berada di dalam sebuah desa.. Siap ada bunyi ayam burung dan lain lain


Dah pakai baju tradisional tu bolehlah bergambar di dalam pondok rumah yang ada

Baru rare! Tapi masa kami sampai dah lewat..
Ramai orang.. Kimono dah sold out tak dapat nak sewa ramai sangat orang masa tu



Dah puas pusing rupanya ada lagi tarikan dalam muzium ni.. 
Boleh tengok pameran yang digambarkan kehidupan dulu kala


Comel kan..  




๐ŸŒธ Tenjinbasshisuji Shopping Street๐ŸŒธ

Merupakan shopping street terpanjang di Japan, terletak di kawasan Kita, Osaka 

Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan akan nampak banyak kedai 

Sebenarnya jalannya sama dilalui untuk ke Osaka Museum House and Living yang Husniey ceritakan di atas

Jadi cadangan Husniey, balik dari melawat muzium boleh ke shopping street ni untuk cuci mata. Pelbagai jenis pakaian, barang keperluan rumah, beg, kasut dan lain lain dijual disini





Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Japan
Terpulang kepada mode travel anda, kalau Husniey dan suami lebih kepada santai santai
dan ingin melihat keindahan permandangan serta budaya dan sikap manusia di negara tersebut

Jadi tak semua tempat menarik husniey akan pergi lawati 
Alhamdulilah ia tetap menjadi kenangan terindah dan pengalaman yang berharga untuk melalui liku kehidupan di masa akan datang 




BACA ENTRI BERKAITAN BAWAH INI 











Wednesday, 10 January 2018

Watson? Be a Member and Get More Rewards!

January 10, 2018 13 Comments



Assalamualaikum,

Kali ini nak berkongsi tentang pengalaman membeli di drug store iaitu Watson
Mesti antara anda semua dah selalu membeli dan dah lama menjadi ahli kan?
Disebabkan hampir setiap bulan Husniey akan membeli belah di Watson,
akhirnya Husniey nekad nak menjadi ahli Watson ๐Ÿ˜Š
Rupanya banyak kelebihan yang ada, al maklumlah baru terbuka minda ni kan
Rugi betul dari awal tak buat member card sebelum ni ada terfikir juga perancangan nak buat tapi asyik tertangguh je ๐Ÿ˜‚

Barang barang keperluan yang dibeli ๐Ÿ’™
Suka semuanya!
Itu yang kanan Disposable Underwear sesuai dibawa semasa travel 



9 Januari 2018 semalam,
Husniey keluar jalan jalan dan singgah ke Watson memang niat nak membeli barang keperluan diri dan apply member card.. RM 20 sahaja!
Mahal ke murah? Tunggu dulu kalau anda anggap ia mahal anda silap
BACA ENTRI INI SEHINGGA HABIS


Pada mulanya Husniey ingatkan cuma akan dapat kad sahaja semasa dimaklumkan
"Dalam ni ada kad dan reward vouchers ya"
Itu pun dah rasa teruja
Tak sabar rasanya nak belek vouchers di rumah

Kegembiraan tidak terhenti disitu,
Siap semua akhir sekali cik adik cashier memasukkan sesuatu dan memaklumkan kepada Husniey, "Ini free gift ya"
Dalam hati masa tu dah bermacam ayat duk bermonolog..
'Bestnya dapat hadiah, reward vouchers lagi, points, member card'
Oh senangnya dalam hati ๐Ÿ˜†
Nasib tunjuk riak muka biasa je, cover sikitlah muka excited kan
Free gift yang Husniey dapat ialah Passport Holder
Cantik sangat berwarna merah bolehla gunakan ia semasa travel (Rujuk pada gambar pertama di atas)

Kepada anda yang walaupun jarang membeli belah di Watson
Jangan lupa ya buat member card tak rugi pun
Banyak keistimewaannya!
Bukan setakat dapat diskaun 
Antaranya akan dapat points pada setiap pembelian dan akan diberi banyak
Reward Voucher seperti Travel, Lifestyle, Dining rewards, Health Club rewards dan pelbagai lagi ganjaran yang menanti 
Lihat video dibawah



Baru sehari jadi ahli dah dapat 620 points! Yeay๐Ÿ˜


Ini pun Husniey duk terfikir nak redeem voucher reward yang telah dapat,
Agak berbaloi 40% off tiket masuk ke Sunway Lagoon minima 2 dewasa
Banyak lagilah voucher yang duk berkenan menanti masa untuk ditebus ๐Ÿ˜
Dapat guna dua tiga jenis reward voucher pun seronok ni, ekstra penjimatan!


Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini
Kongsikan juga pengalaman anda di ruang komen


Sempena tahun baru Husniey tampil wajah baru
trying my new spec okay ke, hee ๐Ÿ˜‚





Sunday, 7 January 2018

Pemenang Year End Giveaway By Husnieyhusain

January 07, 2018 28 Comments



Assalamualaikum dan Hai semua!

Semoga anda semua sihat dan ceria selalu ๐Ÿ˜Š
Haa tamat sudah giveaway yang dianjurkan Husniey
Giveaway ini menjadi lebih meriah kerana ditaja oleh dua blogger cantik
Giveaway telah mula berlangsung pada 23 Disember 2017 dan tamat pada 5 Januari 2018

Seperti yang dijanjikan, setelah giveaway tamat Husniey akan umumkan nama pemenang
Husniey mengambil keputusan untuk memilih pemenang dengan cara mencabut undian secara manual..
Setelah selesai menyenaraikan nama peserta yang seramai 69 orang dan menyiapkan bekas undian
Undian mula dilakukan
Untuk lebih adil suami husniey tampil membantu membuat pilihan,
memula si suami memilih dalam 15 dahulu dan dari situ baru dia memilih 6 peserta yang bertuah..






Peserta yang bertuah itu adalah . . . . . 
Jeng jeng ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Sila lihat pada imej di bawah






Alhamdulilah

Tahniah kepada semua peserta yang bertuah memenangi hadiah๐Ÿ’—๐Ÿ˜



๐ŸŒธ Hadiah bernilai RM 50 (2 Pemenang)

1) I AM LZ
2) WANI SUKARNO

1x Headphone, 1x Optical Mouse, 1x Wallet Key Holder


๐ŸŒธ Hadiah Bernilai RM 30 (1 Pemenang)

3) MAS FVOME 

1x Headphone, 1x Wallet Key Holder

๐ŸHadiah Tajaan (Saguhati) 

Wang Tunai RM 30 X 1 
IBU DILAH 

Wang Tunai RM 20 X 1 
CIKLA SHAHRIL 

Planner Kit X 1
SHESYIRA AS





Jangan bersedih kepada yang tidak memenangi hadiah..
Husniey mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta
yang terlibat kerana sudi memeriahkan giveway kali ini
Terima kasih banyak kepada penaja bersama
Mohon maaf jika terdapat kekurangan ~

Semoga kita semua berjumpa lagi di lain waktu
Ada rezeki lebih Husniey buat lagi yer :D
Sayang semua!!๐Ÿ’–


Saturday, 6 January 2018

Step By Step Highlight Stories Instagram

January 06, 2018 20 Comments

Assalamualaikum and Hi!

Husniey pada mulanya tak faham mana fungsi highlight di Instagram
Tapi bila tengok di profile rakan rakan ada highlight stories ni macam wow..
Boleh buat macam folder stories la ๐Ÿ˜

Jika di instagram anda ada berkongsi pasal Makanan, Resepi, Aktiviti Harian
semua tu boleh dicantumkan lalu diletakkan dalam satu folder di profile Instagram ๐Ÿ˜Š



Langkah - Langkahnya Mudah Sahaja 



1) Pergi ke Profile, klik pada New



New


2) Selepas itu akan ada seperti ini, 
simpanan stories yang dah ada (sehingga 4 minggu yang lepas pun masih ada)




3) Pilih gambar yang sesuai
Contohnya nak letak tajuk
'Rutin Mingguan' jadi pilihlah yang berkaitan 
(aktiviti Berbasikal, Jalan jalan, Makan)

4) Setelah selesai membuat pilihan
klik Next


5) Masukkan Title, dan juga boleh edit cover photo
Pilih yang anda suka

6) Dah selesai, klik Done



Lihat di profile Instagram anda



Husniey suka betul fungsi Highlight ni
Untuk edit semula dan delete terus pun boleh


Semoga bermanfaat! ๐ŸŒธ


INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com